23.11.09

Pendidikan Moral

Let revise PM ba~

Bab 1:
Kepercayaan kpd Tuhan
→keyakinan wujudnya Tuhan sbgpencipta alam dan mematuhi segala suruhannya berdasarkan pegangan agama masing² selaras dgn prinsip Rukun Negara.

Amanah
→sikap bertanggungjawab yg boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinnan org lain.

Harga diri
→keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dlm kehidupan.

Bertanggungjawab
→kesanggupan diri seseorang utk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dgn sempurna.

Hemah tinggi
→beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dlm pergaulan seharian.

Toleransi
→kesanggupan bertolak ansur,sabar,dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Berdikari
→kebolehan dan kesanggupan melakukan ssesuatu tanpa bergantung kpd orang lain.

Kerajinan
→usaha yg berterusan punuh dgn semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dlm melakukan sesuatu perkara.

Kasih sayang
→kepekaan dan perasaan cinta yg mendalam serta berkekalan yg lahir drpd hati yg ikhlas.

Keadilan
→tindakan dan keputusan yg saksama serta tidak berat sebelah.

Rasional
→boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yg nyata dan dpt mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yg wajar.

Kesederhanaan
→bersikap tidak kertelaluan dlm membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dlm pemikiran, pertuturan, atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan org lain.


Bab 2:
Kasih sayang terhadap keluarga
→perasaan cinta, kasih dan sayang yg mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Hormat dan taat kpd anggota keluarga
→memuliakan setiap anggota keluarga dgn berinteraksi dan memberi layanan scr bersopan utk mewujudkan keluarga yg harmoni.

Megekalkan tradisi kekeluargaan
→menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat, dan kepercayaan yg diwarisi scr turun- temurun dlm keluarga.

Tanggungjawab terhadap keluarga
→kewajipan yg harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga utk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej, dan menjaga maruah keluarga.


Bab 3:
Menyayangi dan menghargai alam sekitar
→kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling utk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Keharmonian atr manusia dgn alam sekitar
→keadaan saling memerlukan hubungan yg harmonis atr manusia dgn alam sekeliling spy kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Kemapanan alam sekitar
→pengekalan keseimbangan alam sekeliling sbg tanggungjawab bersama utk kesejahteraan hidup.

Peka terhadap isu² alam sekitar
→prihatin terhadap persoalan yg berkaitan dgn alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya.

Bab 4:
Cinta akan negara
→perasaan sayang dan bangga akan negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Taat setia kpd Raja dan Negara
→kepatuhan dan kesetiaan yg berkekalan kpd Raja dan Negara.

Sanggup berkorban utk negara
→kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sbg tanda kebaktian utk negara.


Bab 5:
Melindungi hak kanak²
→membela, memberi naungan, dan memelihara hak kanak² bagi menjamin kehidupan mrk yg sempurna.

Menghormati hak wanita
→melindungi dan mengiktiraf wanita sbg individu yg boleh memberi sumbangan dlm pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Melindungi hak pekerja
→menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dlm pembangunan negara.

Menghormati hak golongan kurang berupaya
→memberi layanan yg bersopan kpd golongan kurang berupaya spy tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mrk sbg insan ciptaan Tuhan.

Melindungi hak pengguna
→membela dan memelihara hak individu utk menjadi pengguna yg berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yg berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.


Bab 6:
Mematuhi peraturan dan undang²
→menerima dan mematuhi peraturan dan undang² yg telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kebebasan bersuara
→kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dgn batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Kebebasan beragama
→kebebasan setiap individu utk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yg diperuntukkan dlm Perlembagaan M'sia.

Penglibatan diri dlm pembangunan negara
→kebebasan utk melibatkan diri dlm pelbagai aktiviti pembangunan negara dgn mematuhi peraturan, undang² dan Perlembagaan M'sia.

Sikap keterbukaan
→bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan, dan kritikan selaras dgn kebenaran fakta dan norma masayarakat M'sia.


Bab 7:
Hidup bersama scr aman
→hidup berbaik-baik atr satu sama lain dgn mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Saling membantu dan bekerjasama
→usaha yg baik dan membina yg dilakukan bersama pd peringkat individu, komuniti, atau negara utk mencapai sesuatu matlamat.

Saling menghormati atr negara
→menghargai dan memuliakan hubungan atr negara utk menjamin kesejahteraan sejagat.



that's all
add oil my frenz~~
muackzz~

沒有留言:

張貼留言